Aktiviti PdP Menggunakan Dadu - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 13 October 2020

Aktiviti PdP Menggunakan Dadu


Hai semua...


Apa khabar? Saya harap semua sihat ya... Bagi rakan-rakan yang sedang berkuarantin, duduklah rumah baik-baik ya... Jangan disebabkan kita, orang lain pun susah sama... Itu je... Yang berada di tempat-tempat yang dikenakan PKPB pun saya harap korang okay, dapat menyesuaikan diri duduk di rumah dengan selesa dan elakkanlah keluar untuk sementara waktu ni kalau takde hal-hal yang penting... Saya sendiri pun MC hari ni, doktor suruh rehat, kita rehat... Dah beberapa hari sakit tekak & selsema, harap boleh cepat baik. Doakan ye... 


Okay, haritu saya ternampak ada beberapa orang guru menjalankan PdP mereka menggunakan dadu yang mana saya rasakan sangat menarik dan kreatif. Saya yakin murid-murid akan lebih seronok dengan cara pembelajaran begini. Ada unsur permainan yang menghiburkan dalam pembelajaran.


Teacher Hajar Akma Mohd Rawi dari SK Chicha Tinggi, Pasir Mas, Kelantan menggunakan dadu dalam kelas Bahasa Inggeris untuk aktiviti membaca. Wow! Memang idea yang baik... Saya akan try dengan murid Tahun 1 saya nanti, insyaAllah... Kadang-kadang budak-budak ni datang semangat nak membaca sebab dorang nak try permainan tu. Asalnya bukan sebab nak membaca sangat, tapi sebab nak try baling dadu tu, membuatkan mereka 'paksa' diri mereka untuk berlatih membaca. Haha.. Ni pandangan saya la... Tapi, apa salahnya kan... Kalau dengan cara bermain boleh membuatkan murid-murid ni mahu membaca, why not kita cuba kaedah ni kann...












Boleh rujuk post Teacher Hajar di Facebook... Ni linknya... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3613052472072227&id=100001025283453


Teacher Noradilah Omar turut berkongsi cara beliau menjalankan aktiviti Writing (penulisan) menggunakan dadu. Wahhh... Yang ni pun boleh cuba jugak nanti... Menarik! 😍




Takde dadu gergasi? Takde masa nak buat dadu sendiri? Nahhh... Guna dadu online pun boleh... Jom tengok macam mana nak guna dadu online! 

https://www.raihanjalaludin.com/2020/10/aplikasi-dadu-online.html


UPDATE 15/10/2020


Berjaya buat aktiviti dengan murid sendiri... Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Dapat jugak murid-murid saya buat aktiviti baru... Yay!






Sekian sahaja perkongsian untuk hari ni... Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pembaca sekalian... Kreatif dalam pengajaran, kadang-kadang guna benda simple seperti dadu ni pun budak-budak dah melonjak suka... Semoga kita terus ikhlas mendidik anak bangsa. InsyaAllah...


Nota kaki : Orang yang berakal itu bukan yang kenal mana yang baik mana yang buruk, tapi yang mengetahui kebaikkan lalu mengikutinya, dan kenali keburukkan lalu menjauhinya.  

No comments:

Post a Comment