Doa Barang Hilang - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 20 November 2020

Doa Barang Hilang



Assalamualaikum semua...


Minggu kedua mengajar dari rumah... Alhamdulillah... Semua smooth macam biasa. Lega rasanya... Minggu lepas mood saya memang ke laut, sampaikan tak update pun blog... Memang takde mood. Hari pertama cuti, Isnin, kucing saya jatuh dari atas peti ais setinggi 1.7 meter... Hukss... Memang situ port dia tido, entah macam mana boleh terjatuh dan dia tak sempat balance badan, memang bermasalah saraf sehingga hari ni... Jalan senget... Hari ni nampak lebih baik sikit... Harap dia akan sembuh... Tolong doakan ya... 


Lepas dia jatuh, saya sempat bawak dia ke Vet. Doktor cakap mungkin saraf... dan mungkin ambil masa untuk sembuh, atau kemungkinan memang akan kekal begitu sampai bila-bila. Nak dijadikan cerita, pagi Selasa dia terlepas keluar. Hilang! Ghaib! Menangis saya mencari, tapi gagal dikesan... 😭 Saya nampak je macam ni, tapi hati tisu! Haha... Memang setiap hari menangis weihhh... Huwaaaa... Tapi mujurlah, takde mood pun dapat jugak siapkan Modul BI tu... 


Masuk hari kelima, saya dah pasrah... Redha... sebab dah 5 hari hilang, dia tak makan, tak minum... Saya bukan apa, risau dia pergi menumpang kat rumah orang, bukan semua orang suka kucing, dalam keadaan dia macam tu, saya bimbang dia dihalau, dikejar... dipukul... Nauzubillah... 😭


Lepas Subuh, saya terus Google cari doa-doa untuk barang hilang... Saya sekadar mencuba. Yelah, solat hajat dah buat, berdoa pun dah, mencari pun dah... Memang pasrah jer time tu.. Saya usaha try guna doa khas untuk barang hilang pulak, kot la mau jumpa... Alhamdulillah... saya buat subuh, tengahari tiba-tiba dia balik, gaisss... Allahuakbar. Menitik air mata tengok dia.


Ini dia... Doakan dia sihat ya... 


Bukanlah nak kata apa yang saya buat ni yang menyebabkan kucing tu dijumpai semula, takkk... Semua kerana Allah... Sebagai hamba, saya hanya berusaha... Kalau nak cuba, silakan... Jumpa ke tidak, itu urusan Allah... Ada rezeki kita, adalah... InsyaAllah...


Ini antara yang saya cuba buat pagi tu...


✔ Istigfar 3x


✔ Al-Fatihah 7x


✔ Al-Ikhlas 7x


✔ Baca selawat Nabi seperti dalam gambar ni 7x


Sumber : myinfomaya.com


✔ Zikir Asmaul husna - Ya Hafiz sebanyak 119x


✔ Baca doa di bawah ni... 


Sumber : Google Image


✔ Saya baca doa ni jugak haritu....


اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

ALLAHUMMA AJIRNI FII MUSIIBATII WAKHLUFNI KHOIRAN MINHA

Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..”


Boleh baca kat sini jugak... https://www.myinfomaya.com/2019/07/21/pening-barang-hilang-ini-petua-dan-doa-utk-ikhtiar-jika-barang-hilang-atau-salah-letak/


Ni saya terjumpa satu doa hasil dari Google jugak, macam bagus doanya... Untuk elak barang hilang... Boleh la lepas ni nak try...


Sumber : Google Image

Sekian sahaja perkongsian hari ini... Semoga barang kita yang hilang dijumpai semula... InsyaAllah... Usaha je, moga-moga Allah izinkan kita memilikinya lagi... Aamiin... 


Nota kaki : Tiada yang mustahil bagi Allah.

No comments:

Post a Comment