English Year 1 - Pet Show - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 17 August 2020

English Year 1 - Pet Show

 

Assalamualaikum gais!


Hai semua. Actually saya nak kongsikan apa yang saya buat dengan murid Tahun 1 saya minggu lalu. Since dah ada penjajaran ni, saya hanya ada 7 waktu jer bersama mereka. Tapi okay la sebab dah tak banyak dah pun nak diajar since kelas ON masa PKP macam biasa... Jadi, memang bersyukurlah juga, tak banyak lagi yang nak di cover... Alhamdulillah...


Masih lagi dalam tajuk Pet Show... InsyaAllah minggu depan dah boleh start dengan unit baru. Sebenarnya untuk tajuk Pet Show ni, cover tentang animals... Ada banyak aktiviti yang boleh dijalankan. Saya try guna Google 3D Animals, memang super duper awesome! Bukan budak je yang excited, mak budak pun tumpang seronok weihhh... Boleh baca cara nak guna apps tersebut kat post saya yang sebelum ni.... HAIWAN 3D GOOGLE

Mula-mula saya snap gambar murid dengan haiwan-haiwan 3D. Kemudian, saya send gambar-gambar tu dalam group Whatsapp. Saya minta murid-murid ni mencari 3-4 point penting tentang haiwan seperti habitat, nama haiwan, makanan dll di rumah. Terpulanglah nak tanya mak ayah ke atau nak Google saja... Up to them. Saya jadikan ianya sebagai aktiviti Speaking (bertutur). Murid perlu memberitahu guru dan rakan-rakan tentang haiwan tersebut. Kemudian kongsi their likes / dislikes. Alhamdulillah, murid dalam kelas ni hanya 20++ jer, jadi dapatlah setiap murid come out dengan haiwan yang berbeza. 


Murid datang ke sekolah dengan point-point yang telah mereka cari. Ada yang siap dengan peta minda... Ada yang sudah menghafal apa yang nak disampaikan.... Haaa... Nampak tak, bila kita leave to them, budak-budak ni boleh buat sebenarnya... Even mereka boleh buat lebih dari apa yang kita harapkan... Alhamdulillah... 



Can you imagine budak darjah 1 buat presentation? Haha... Macam-macam gaya, ada yang membaca, ada yang pegang kertas, ada yang dah hafal siap-siap dari rumah... Ada yang selamba jer... Haha... Memang terbaiklah! Saya rakam semasa mereka bentangkan tentang haiwan yang mereka dapat... I can say most of them memang buat homework, yes, dibantu oleh parents.... Tapi okay la, ada participation dari parents... Alhamdulillah... Harap mereka enjoy the lesson and learn something dari apa yang mereka buat. 

Siap buku skrap... Haaa... Hebatkan! 😁


Okay gais, semoga perkongsian idea ni bermanfaat untuk korang yang mungkin tengah mengajar tajuk-tajuk berkaitan haiwan.... Haaa... Boleh la try gunakan aplikasi baharu dari Google... 3D animals! Memang superb dan lain dari yang lain... Sekali sekala guna benda macam ni kat kelas, budak macam WoW sangat tau... Hahahaa.... Bye gais! Take care....


Nota kaki : Jangan biarkan kepedulianmu pada orang lain membuatkanmu berubah menjadi orang lain.

No comments:

Post a Comment