Cara Buat Template Jawapan Menggunakan Google Form Untuk Latihan Dari Buku Teks / Buku Kerja / Lembaran - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 26 November 2020

Cara Buat Template Jawapan Menggunakan Google Form Untuk Latihan Dari Buku Teks / Buku Kerja / Lembaran




Assalamualaikum gais!


Hai... Hari ni saya nak share satu lagi cara yang paling simple untuk kita menjalankan PdPR atau pembelajaran secara jarak jauh yang menggunakan kedua-dua medium; online & offline...


Apa yang ONLINE? Apa yang OFFLINE? Okay, murid perlu online untuk masukkan jawapan ke dalam Google Form yang dibina oleh guru. Dalam Form jangan lupa catatkan mukasurat buku untuk rujukan murid & rujukan kita sendiri untuk masa akan datang... 


Untuk aktiviti offline, murid gunakan buku teks sepenuhnya untuk membaca teks & soalan... So, kiranya template kat Google Form ni hanya tempat untuk murid-murid masukkan jawapan sahaja. Takde soalan yang ditaip, takde gambar, cuma nombor je... dan ruang untuk menjawab soalan... Mudah kan? 


Honestly, nak kata terlalu mudah tu tak la juga... Sebab setiap soalan, saya akan settingkan jawapan. Jadi murid boleh dapat jawapan instantly lepas mereka selesai menjawab. Untuk murid yang mencapai 80% keatas, saya berikan sijil sebagai tanda penghargaan atas kesungguhan mereka. Kalau takde sijil pun takpe... Ikutlah kemampuan, kalau mampu nak adakan sijil... Silakan... Cuma bila ada sijil, saya nampak beberapa orang murid saya berusaha keras untuk mencapai 80%. Ada yang mengulang jawab sampai 3-4 kali... Nampak tak? Effort tu yang kita nak tengok... Kesungguhan mereka nak belajar. 


Beri pilihan kepada murid. Ada murid yang mungkin tak boleh nak guna phone lama-lama... Jadi, minta murid yang begini, jawab dalam buku jer... Takde masalah.


CARA BUAT TEMPLATE JAWAPAN MENGGUNAKAN GOOGLE FORM UNTUK LATIHAN DARI BUKU TEKS / BUKU KERJA / LEMBARAN


1. Kenalpasti jenis soalan dalam buku & pilih jenis yang soalan yang sesuai di Google Form.

Contohnya :- 


✅Kalau soalan MCQ (Pelbagai pilihan) dalam buku, cikgu boleh buat template menggunakan soalan MULTIPLE CHOICE atau SHORT ANSWER di Google Form.

Untuk MULTIPLE CHOICE, cikgu hanya taipkan A, B, C, D... Murid akan rujuk di lembaran untuk melihat jawapan... Ni ala-ala kertas OMR gituhh... Haha...

Kalau nak guna SHORT ANSWER pun boleh... Murid akan taip huruf A, B, C atau D dalam tu nanti... Nampak tak? 

Dah buat satu, lepas tu untuk soalan berikutnya boleh copy-copy-copy jer... Cuma pastikan masukkan jawapan yang betul untuk setiap soalan...



✅ Kalau soalan suaikan (matching) atau Betul/Salah... Boleh guna MULTIPLE CHOICE GRID.




Soalan bentuk isi tempat kosong (fill in the blanks), kefahaman (comprehension)... Boleh cuba guna SHORT ANSWER. 



✅ Soalan karangan / jawapan panjang... Boleh gunakan PARAGRAPH atau pun minta murid tulis di kertas, snap gambar dan send dalam form menggunakan fungsi FILE UPLOAD. 


✅ Nak collect hasil seni? Apa-apa lah kerja yang murid buat pada kertas... Boleh guna fungsi FILE UPLOAD jugak... Minta murid snap gambar dan upload dalam form... Simple!


2) Mula membina template berdasarkan soalan dalam buku teks/buku kerja/lembaran kerja.


3) Kongsikan link Google Form dengan murid-murid. Kalau murid perlu jawab menggunakan lembaran, masukkan la sekali lembaran kerja tu untuk mereka print / rujuk.


4) Terangkan kepada murid, apa yang mereka perlu buat. Nak tengok mukasurat berapa, latihan yang mana... Explain! Untuk mengelakkan masa skrin (screen time) yang panjang, boleh nasihatkan murid-murid untuk membaca buku (nota/soalan) terlebih dahulu... Jadi bila kat depan skrin nanti, mereka hanya masukkan jawapan je... 


5) Galakkan murid-murid yang belum mencapai tahap, membuat ulangan... Jawab sampai dapat capai markah tertentu. Tapi jangan paksa, sebab kita tak tau komitmen mereka macam mana. Mungkin terpaksa berkongsi device dengan adik beradik ke, guna phone mak ayah ke... We don't know. Dia dah jawab sekali pun dah kira ok dah... Maksudnya dia mau turut serta dalam lesson korang, itu pun dah bagus...


6) Reward murid jika perlu. 


Yang tak tau macam mana nak mula, pastikan korang belajar dulu cara nak bina quiz menggunakan Google Form... Banyak saya kongsikan dalam blog ni... Boleh rujuk post-post ni ye...


CARA MEMBINA KUIZ DENGAN SETTING AUTO SEMAK


MODUL TUTORIAL MENGHASILKAN KUIZ MENGGUNAKAN GOOGLE FORM


CARA PENGGUNAAN GOOGLE FORM A-Z


CARA MASUKKAN KUIZ GOOGLE FORM DALAM GOOGLE CLASSROOM


Yang best nya bila buat template jawapan, next time kalau ada soalan bentuk sama, contoh yang biasa kita lihat adalah MCQ (pilihan jawab), so kita just copy je form yang dah dibuat tu untuk laihan yang baru pulak... Edit la sikit untuk tajuk/mukasurat untuk dirujuk, bilangan soalan dll... Siapp! Hehe... 😁


Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Boleh share post ni dengan rakan-rakan yang lain. Mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita jua... InsyaAllah. Kita sama-sama cuba untuk work smart hokayy! Hehe... Jangan lupa doakan saya gais, saya dalam zon merah sekarang ni... Huk Hukk... Semoga kita semua terpelihara dari wabak Covid19. Take care... Assalamualaikum... Babai!~


Nota kaki : Tidak perlu menjelaskan dirimu kepada sesiapa pun. Kerana yang menyukaimu tidak perlukan semua itu, dan yang membencimu tidak akan pernah percaya. (Ali Bin Abi Thalib)

2 comments:

  1. Terima kasih cikgu.sangat membantu sebab saya sendiri masih dalam proses belajar menggunakan google form utk kemudahan anak murid.paper less.☺

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cikgu.Minta nombor phone. Byk nk ty Cikgu ni. Nk menuntut ilmu

    ReplyDelete