Template Sijil PdPR Comel - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 23 June 2021

Template Sijil PdPR Comel



Assalamualaikum...


Hai semua! Hari ni saya nak kongsikan template sijil yang comel dan cantik untuk diberikan kepada murid-murid sepanjang PdPR ni... Segala grafik dalam sijil tu bukan milik saya ya... Saya hanya cari di Google Image, kemudian ada yang saya edit tambah sedikit perkataan/ayat... Ada yang saya tak edit langsung... Ada versi BM & BI... Boleh pilih yang mana sesuai.


Saya memang suka beri e-sijil kepada anak murid kerana ini adalah salah satu bentuk reward yang cepat dan murah... Takde kos. Cuma perlukan sedikit kerajinan untuk taip nama murid jer... Hehe... Bila dah siap, send dalam group Telegram / Whatsapp... 


Ramai murid yang bersemangat bila dapat sijil. Tapi yelah, pemberian sijil ni adalah salah satu usaha kita untuk tarik minat murid mengikuti PdPR... Berkemungkinan kaedah ni berjaya, mungkin jugak tidak... Bergantung kepada murid masing-masing... 


Tak salah kita mencuba... Try la. Kadang-kadang murid-murid ni suka bila dapat sijil yang fancy & comel terutama murid sekolah rendah... Sijil juga dapat membuatkan mereka lebih bermotivasi untuk berusaha kekal aktif dalam kelas. Selain itu, ia dapat menjadi pendorong kepada rakan-rakan mereka yang lain untuk turut bersama-sama menyiapkan tugasan. 


Okay, yang berminat nak edit terus menggunakan telefon, rasanya better korang download yang versi image. Bagi yang nak edit guna laptop, mungkin korang boleh download versi yang saya dah kumpulkan dalam Power Point. Kalau nak banyak, boleh duplicate je slide tu... No worries. 




Btw, perkataan tak boleh ubah ya... Cuma boleh ditambah. Cara nak tambah perkataan adalah dengan klik pada Insert - Textbox atau WordArt. Kemudian, tambahlah perkataan yang dikehendaki tu... Boleh masukkan sekali tandatangan jika ada, kalau takde, just guna textbox dan taipkan nama cikgu... Siap!


DOWNLOAD SIJIL PDPR VERSI POWER POINT


DOWNLOAD SIJIL PDPR VERSI IMAGE


Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Take care... Bye!


Nota kaki : Kesihatan adalah anugerah terindah yang kadangkala lupa untuk kita syukuri.

17 comments:

  1. terima kasih puan. untuk bagi dengan anak anak tanda penghargaan ikut pdpr on time

    ReplyDelete
  2. Boleh tak guna utk esijil cikgu yang guna google form tu

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH CIKGU...SAYA MOHON IZIN DOWNLOAD SIJIL YE...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih cikgu...semoga dimurahkan rezeki..sya Mohon download ya

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH CIKGU.... SANGAT BERMANFAAT

    ReplyDelete
  6. terima kasih cikgu atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian. Semoga dimurahkan rezeki. aamiin

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian cikgu...

    ReplyDelete
  9. Saya mohon izin untuk download boleh?

    ReplyDelete
  10. Terima kasih banyak cikgu..mohon izin untuk digunakan ye..moga bertambah pahala cikgu.

    ReplyDelete
  11. terima kasih berkongsi kemahiran cg membina sijil2 yang cantik ni...semoga Allah membalas setiap kebaikan cg dengan ganjaran pahala..aamiin

    ReplyDelete
  12. mohon izin kongsi yer cikgu

    ReplyDelete
  13. terima kasih bnyak cikgu..comel2 jer sijil.xsbar nk bgi kt murid2

    ReplyDelete
  14. nice,, tq teacher..love it,,from Sarawak

    ReplyDelete